Puisi
Tradisional
(Gurindam
12 Fasal yang Keenam)
cahari
olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat
yang boleh dijadikan obat
cahari
olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru
yang boleh tahukan tiap seteru
cahari
olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri
yang boleh menyerahkan diri
cahari
olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan
pilih segala orang yang setiawan
Maksud
Rangkap
1
Saranan
supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang.
Rangkap
2
Saranan
agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan
setiap kemusykilan.
Rangkap
3
Saranan
supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami.
Rangkap
4
Saranan
agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan
Tema
Nasihat
bagi memilih orang yang ingin kita dampingi.
Persoalan
1.
Persoalan
kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan.
2.
Persoalan
kebijaksanaan dalam memilih guru .
3.
Persoalan
kepentingan mempunyai isteri yang setia
Bentuk
1.
Terdiri
daripada empat rangkap.
2.
Setiap
rangkap terdiri daripada dua baris.
3.
Jumlah
perkataan dalam setiap baris antara empat
hingga lima.
·
Cahari
olehmu akan sahabat (4 perkataan)
·
Yang
boleh tahukan tiap seteru (5 perkataan)
4.
Terdiri
daripada sembilan hingga sebelas suku kata.
·
Yang
boleh dijadikan ubat ( 9 suku kata)
·
Cahari
olehmu akan isteri ( 11 suku kata)
5.
Rima
akhir syair ini ialah aa
6.
Bentuk
gurindam ini terikat dengan puisi tradisional.
Gaya
Bahasa
1.
Asonansi - Cahari
olehmu akan sahabat – pengulangan vokal a
2.
Aliterasi - Yang boleh menyerahkan
diri - pengulangan konsonan n
3.
Sinkope - Cahari olehmu akan sahabat (rangkap 1 baris 1)
4.
Penggunaan
kata klasik :
cahari
5.
Penggunaan
bahasa kiasan - Yang
boleh menyerahkan diri (mahu menurut
kata suami)
Nilai
1.
Nilai
kebijaksanaan.
Kebijaksanaan seseorang memilih
sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya.
2.
Nilai
ketaatan.
Seorang isteri perlu taat dan setia
kepada suami.
3.
Nilai
keikhlasan
Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan.
Pengajaran
1.
Kita
haruslah mencari sahabat yang dapat
memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang.
2.
Kita
mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing
kita.
3.
Seseorang
suami haruslah bijak memilih isteri yang
setia agar perhubungan mereka berkekalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan